23 Februari 2010

25 November 2009

24 November 2009

Pembentukkan Dalam Jemaah Islam.

http://mohdnon.web.com/Sabda Rasullullah s.a.w..
" Sesiapa yang keluar dari jemaah ( Islam ) sekadar satu jengkal,sesungguhnya dia telah merungkai ikatan Islam daripada tengkuknya. Sekalipun dia masih menunaikan sembahyang,berpuasa dan menyangka dirinya Muslim."

Dengan itu jelaslah bahawa kemasukkan kita kedalam jemaah Islam bukan sebagaimana kemasukkan organisasi biasa. Yang sekadar berkisar diatas pendaftaran nama,pembayaran yuran dan melaksanakan aktiviti yang semata mata bersifat berpersatuan. Kita diminta oleh Islam untuk melakukan penggabungan yang bererti dan menilai daripada itu. Satu penggabungan yang melangkaui batas batas 'keresmian' dan 'peraturan peraturan' biasa dalam kaedah beroganisasi. Kita diminta untuk larut didalam akidah dan amalan jamaah. Sehingga seluruh ruang kehidupan kita hendaklah diwarnai oleh cita cita dan amalan jamaah. Oleh kerana bentuk penggabungan yang berbeza inilah menjadikan 'kemasukkan' kedalam jemaah Islam didahului oleh langkah langkah pembentukkan dan pentarbiyahan. Dimana hasil daripada pembentukkan dan pentarbiyahan inilah yang akan menentukan sesaorang itu bergabung kedalam jemaah dengan satu penggabungan yang benar atau palsu.

Ada diantara kita yang tidak menyedari hakikat ini. Ketidaksedaran mereka itu sama ada disebabkan oleh 'kejahilan' atau 'kegopohan' mereka. Mereka masih tidak mempunyai tasawwur yang jelas mengenai penggabungan didalam jemaah Islam dengan penggabungan didalam jemaah biasa. Mereka sering membataskan penganggotaan disekitar pendaftaran dan pembayaran yuran sahaja. Dengan itu tidak hairan lah kalau ramai di kalangan anggota anggota baru ini yang tidak Thasabat ( tetap ) didalam jemaah.

Kita hendaklah memahami kenapa Al-Imam Hassan Al-Banna meletakkan 'Kefahaman' sebagai rukun ikrar yang pertama didalam kitabnya 'Peraturan dan Arahan' (terjemahan). Ini adalah kerana seluruh rukun rukun yang lain,termasuk sukun Thabahat (tetap dan tidak berganjak) akan terlaksana apabila rukun 'Faham' telah menjadi pengetahuan dan fikrah para anggota.

Apabila kita menggabungkan diri kita dengan jemaah maka segala tindak tanduk kita hendaklah bersifat 'Jama'e'. Kita tidak boleh meminta jamaah agar tunduk kepada pendapat pendapat perseorangan (individu). Tetapi tidak menjadi kesalahan sekiranya ada individu yang ingin mamberi pandangan dan pendapatnya yang membina. (Bersambung disiri akan datang)

15 November 2009

Pembentukkan Sebuah Keluarga Islam.

Kita hendaklah memahami. Sebahagian daripada langkah pendidikkan dan pembentukkan anak anak ialah menyediakan 'acuan' yang akan mencernakan anak anak tersebut kesuatu bentuk yang baik.

Kita berkewajipan membersihkan rumah tangga kita daripada sebarang unsur yang menggambarkan 'corak kejahilan'. Seluruh suasana rumah tangga,sama ada didalam rumah atau diluar rumah,mestilah disucikan daripada segala bentuk kemaksiatan yang boleh merosakkan hati,pemikiran dan kelakuan anak anak.

Ada dikalangan kita yang mengadu,mengatakan anak anak dan isterinya sukar untuk dibentuk dengan pembentukkan Islam. Sebagai ikhtiar yang mereka lakukan,namun semuanya menemui kegagalan. Rupa rupanya apabila diselidik,kita dapati dirumahnya penuh dengan majalah,gambar gambar yang tidak sopan dan sebagainya. Dimana kegagalan tersebut adalah berpunca daripada kelemahannya mempertahankan benteng rumah tangga daripada kemasukkan kuman kuman kuffar.

Bagi kanak kanak yang belum tahu membaca,keadaan sekeliling didalam rumah mereka,daripada yang mereka lihat akan memberi kesan yang besar dan mendalam kepada perasaan mereka.Sebab itulah kita mesti memastikan perhiasan rumah kita tidak lebih daripada bertujuan pendidikkan. 

05 November 2009

Pembinaan Keluarga Muslim.

Pembinaan keluarga muslim,dimana ianya wujud hasil daripada gabungan peribadi Mukmin dan Mukminah. kerana itu kita hendaklah memahami bahawa "rumah tangga Muslim" yang sejati tidak mungkin akan wujud sekiranya unsur gabungan ini tidak mempunyai kefahaman Islam dan kesediaan untuk melaksanaannya. Maka apakah yang mesti kita fahami mengenai Keluarga Islam?.....
kita hendak lah memahami bahawa "keluarga" merupakan medan semaian,sama ada menubuhkan generasi perosak atau generasi Islam yang akan berfungsi sebagai penerus seruan ilahi.
genarasi yang dididik didalam madrasah berkeluarga inilah kelak yang akan menentukan arus dan corak kehidupan masyarakat.
Ramai dikalangan kita gagal menjadikan rumahtangga sebagai "madrasah" untuk mencapai cita cita didalam perjuangan,ramai juga yang langsung tidak menghiraukan keluarga islam,kerana terlalu sibuk dengan aktiviti diluar.
Tidak kurang juga yang bertindak menyalurkan perosak kedalam  rumah tangga,kita mungkin kurang jijik, jika tindakan "seumpama ini dilakukan oleh mereka yang tidak memahami Islam dan cita citanya.
barangsiapa yang mengabaikan pembentukkan keluarga,itu bererti sedang membuat percubaan "menghentikan" aliran perjuangan islam.
Kita juga hendaklah faham bahawa "USIA DAKWAH" tidak boleh disamakan dengan usia kita. Usaha dakwah. perlu disambung secara berterusan,dari genarasi kegenarasi,dari zaman kezaman. Oleh kerana itu membentuk genarasi akan untuk menjadi "batu bata" kepada bangunan Islam adalah tanggung jawab genarasi yang ada sekarang.
Isteri atau ibu merupakan tenaga yang tidak kurang pentingnya didalam pembentukkan keluarga Muslim ini. Dengan itu kita hendaklah memahami bahawa isteri adalah guru yang paling banyak mempengaruhi pertumbuhan pendidikkan anak anak. Corak hidup dan perilaku generasi "madrasah" ini banyak dipengaruhi oleh guru pertama didalam rumah tangga. Dengan yang demikian kita hendaklah mengerti bahawa pemilihan yang tepat hendaklah dilakukan didalam menentukan pembinaan yang penting ini.